“Ops I’m very sorry…I tak sengaja.
You tak apa-apa?”
Suara yang datang dari wajah Melayu itu
meredakan rasa geram Alya. Diikutkan amarahnya, mungkin sahaja dia menengking
semula ke wajah wanita 20-an itu yang melanggarnya sebentar tadi.
“Tak apa. I’m okay.” Sambil kedua
tangannya memberi isyarat. Wanita itu berusaha membantunya. Sedetik sebelum
Alya berpaling untuk beransur, sekali lagi suara halus itu melantun ke
telinganya.
“Betul ke awak tak apa-apa? Saya betul-betul
minta maaf. Saya tergesa-gesa tadi. Saya ada hal penting sikit.”
“Tak apa. Sikit saja.” Slang Melayu-Eropah yang
keluar dari lisan Alya jelas kedengaran. Tangan kanannya yang menggosok lengan
kiri tadi terus dijatuhkan.
“ Saya Sarah. Nur Maisara bt Abdullah.” Wanita yang
mengenakan tudung hitam, berbaju kurung itu memperkenalkan diri, sambil kedua
belah tangan menuju ke arah Alya.
“ Oh, saya Alya. Alya bt Johari. Nak ke mana
ni?” Tangan berjabat lembut.
“ I’m on my way to my college. How about you?”
Bibir Alya terlebar secara refleks. Mencerminkan
wajah hatinya yang bertukar gembira. Mungkin ada sesuatu yang disenanginya dari
perempuan itu.“ Me? I’m from OU. Jumpa kawan-kawan kejap.”
“Oh, ok then. I’m late now. Nice to meet
you. See you again.”
“ok, take care.”
Siapakah perempuan ini? Seorang yang tidak
pernah Alya kenal tiba-tiba menegurnya bagai pasangan sahabat karib sedang
menyusun kata rindu setelah satu purnama berpisah. Ajaib sungguh. Tidak pernah
dia merasa sebegitu. Empat angka yang beratur dalam ruang friends Facebook dia pun tidak pernah menegurnya
secantik tatacara wanita itu.
Alya berterusan bermonolog. “Nice to meet
you?” Sejak bila pula Alya berjanji temu dengan wanita yang bernama Maisara
itu? Kapan mana pertemuan Alya dengan Maisara kali itu atas keinginannya
sendiri? Perempuan itu menegur seolah-olah dia adalah rakan kongsi perniagaan
dalam syarikat besar yang bertaruh harapan tinggi padanya.
“Hmm… dunia dunia. Huh!”
Alya bergerak pulang ke rumahnya yang
bersemayam di Kota Damansara.
“Dah balik dah?” Satu suara sinis menghala ke
telinga Alya. Langkah Alya terhenti di muka pintu besar separuh kaca.
“Semalam tidur kat mana, Alya?” Suara itu
menjamah telinganya lagi. Kali ini lebih keras.
“ Rumah kawan.” Wajahnya berubah ketat dan
merah. Langkahnya dia teruskan, berhasrat ke bilik. Satu-satu ruang dalam
rumahnya yang dia rasakan ketenangan.
“Nanti dulu! Kawan yang mana? Buat apa kat
sana? Kenapa tak telefon ayah dulu?” Vokal Tuan Johari kini benar-benar tinggi.
“Alah, duduk rumah pun bukannya ada orang pun.
Asyik dengan kerja sendiri saja.”
“Cis, kamu menjawab ya! Jaga kamu!” Tuan Johari
melangkah laju menuju ke arah Alya. Seolah ingin memberi penangan kepada
anaknya. Alya ketakutan, namun disorokkan ketakutan itu.
“Pukullah!”
Tangan Tuan Johari yang sudah di awangan
terhenti. Riak wajahnya menampak rasa tidak percaya. Sebelum ini tidak pernah
anak bongsunya itu meninggi suara padanya.
“Selama ini, Alya pendam saja perasaan Alya.
Ayah tidak pernah ambil tahu langsung fasal Alya. Apa yang Alya nak. Apa yang
Alya perlu. Semuanya. Ayah tidak pernah tahu. Arwah mak dulu tidak pernah layan
Alya macam ni.”
Esakan tangis Alya ditahan. Dia bergegas lari
ke bilik.
Tuan Johari terkelu. Senyap, tidak mampu
bersuara. Bagai bumi yang selama ini senyap digegarkan Tuhan buat kesekian
kali.
*******
Mentari
tinggi memancar. Kicauan burung yang berirama sepanjang dhuha tadi
sudahpun sirna dari udara. Alya berusaha membuka mata. Semalaman Alya tidak
mampu tidur. Kini waktu pagi menggantikan waktu tidurnya. Rasa keseorangan
menyelubungi. Skrin laptop DELL dibukanya. Lantas menyambung broadband.
Laman sosial remaja kini, Facebook, dilayarnya. Mengklik satu persatu berita
baru yang masuk dalam lamannya. Dua belas friends request, sembilan
mesej.
Sudah menjadi kebiasaan bagi Alya, setiap hari
berbelas-belas manusia yang ingin berkawan dengannya melalui laman itu. Ada
suatu ketika, pernah mencecah tiga puluh rakan meminta dalam masa satu hari.
Ini kerana, dia mempunyai pakej yang lengkap. Wajah yang jelita, rambut yang
menawan lagi berstail, anak seorang ahli
perniagaan terkenal di Kuala Lumpur,tambahan dia seorang graduan lepasan
universiti di UK, sebagai jurutera kimia. Saham tambahan, suara dia merdu. Di
laman fb itulah menjadi medium dia menonjolkan semua pakej itu.
Matanya menangkap salah satu profil rakan yang menambah. Maisara
Abdullah. Alya berasa sesuatu. Seperti pernah mendengar nama sebegitu. Lantas
dia mengklik ruang gambar Maisara Abdullah. Tidak syak lagi, Maisara yang dikenalinya
semalam telah menambahnya sebagai rakan.
‘Request Accepted’.
Kebetulan detik itu Sara sedang di atas talian.
“Hai Sara”
“Hai Alya. Thanks for approving.”
Ruang chat Facebook menjadi saksi kedua
sembang mesra antara Sarah dan Alya.
“Jom jumpa.
Boleh sembang selesa sikit.” Alya memberi tawaran. “Ok no problem.”
Alya sendiri tidak tahu mengapa dia berasa
rapat dengan Sara. Sara pula memberi layanan yang istimewa kepada Alya. Ada
sesuatu dari diri Sara yang menarik hati Alya untuk mendekatinya. Namun, dia
masih tidak tahu apakah itu.
Alya melabuhkan punggung di kerusi di sebuah
restoran di Mid Valley. Salah satu pusat beli belah di Malaysia terbesar di
Malaysia. Dia pun tidak tahu kenapa mereka berjumpa di situ. Itu adalah
cadangan dari Sara, dia bersetuju saja.
.....bersambung....
Budakskema
| Reactions: |
|
READ MORE
|
Berikut diumumkan
pemenang bagi Pertandingan Kuiz ROM `11 bulan September: Mencari Mutiara
Muhammad S.A.W.
Hadiah kepada pemenang
disampaikan oleh Timbalan Pengarah ROM `11dan ditemani Ex-officio ROM’11, Dr.
Syafiah Mohamad.
Sedikit kelainan yang
telah dilakukan pada bulan September berbanding bulan-bulan dengan mengadakan
kuiz setiap minggu bermula minggu pertama hingga minggu ketiga.
Berikut diumumkan
senarai pemenang bagi setiap minggu:
1.
Minggu pertama : Dr.
Ismanurul Hamizah bt Ishak
2.
Minggu kedua : Dr. Nur Adila Kamaruddin
3.
Minggu ketiga : Dr. Che Asma Che Bahanuddin
Hadiah yang diberikan
kepada pemenang bulan ini berupa baucer makanan di Hadratul Maut.
Hadiah bulan Oktober
yang sedang menanti pemenang adalah set makanan yang bakal dihantar di depan
rumah anda! Nantikannya..
Kepada sahabat-sahabat
yang lain pula, jangan lupa sertai kuiz ROM `11 bulan Oktober: Ukhwah Islamiah
dan Usrah Satu Sunnah. Bolehlah merujuk di facebook rasmi Rom’11 untuk
menyertainya.
"Muslim
Sejati, Islam Di Hati"
| Reactions: |
|
READ MORE
|



